Persiapan nak ke Bali ni seriously kelam kabut sikit, even tak buat review and study tempat ke ape semua, kitorang main redah je. Tapi aku ade lah buat beberapa research in terms of tempat-tempat yang menarik, faktor makanan, cuaca, currency dan hotel.
Jarak waktu di Bali, same je macam Malaysia. Cume kalau kat sini pukul 6 pagi still gelap lagi, tapi kat Bali dah cerah terang menderang dah. Sama je cuaca dia macam kat Sabah.
Disebabkan percutian ni macam nak gi honeymoon je sebab honeymoon yang lepas macam kejap sangat so kitorang decide percutian kali ni lebih kepada ke-malasan dan ke-santaian. Hahaha.
0800 :Bertolak dari rumah. Dari rumah (Shah Alam) nak ke KLIA2 dekat je. Amik masa dalam 45min gitu.
Kos : Freeeeee! Mak abah hantar. Hehehe
1050 : Sepatutnya dah departure dah waktu ni tapi flight delay pulak ha. Terpaksa lah bertapak kat situ sejam lagi =.='
Setiap sudut kene lah posing. Alang-alang photographer dah ada :p |
Nak masuk ke gate pon wajib tangkap.. #layankan |
DELAYYYY! |
Bajet backpackers sangat lah tu? Oh sorry, not this time. Hahaha |
Kebosanan dalam flight. |
#YDFQ's trademark :) |
Time ni memang bertungkus lumus cari nama satu-satu. Akhirnya aku jumpe and Faqih tak jumpa hahaha! |
85% penduduk Bali rata-ratanya dari agama Hindu |
Sesak dia memang boleh hypertension terus! |
Senarai tempat-tempat menarik. Tapi taku tak pergi pon semua tempat. |
1630 : Anggaran dalam setengah jam dari aiport ke hotel. Sebenarnya dekat je tapi disebabkan kesesakan yang melampau membuatkan aku pening hahaha. Hotel kitorang dekat Seminyak. 15min je ke Kuta Beach termasuk jem semua haha. Kuta Beach tu bandar yang meriah lah kalau pergi Bali.
Haruslah batak mendahului! |
Sementara nak tunggu Maghrib, kitorang re-rehat dulu. Menyelam sejam dua jam kejap. See, nak datang Bali pon amik masa sehari! Tu dah habis pagi dah tu kitorang bertolak dari KLIA =.='
Details untuk hotel and macam mana kitorang booking, dari mana semua aku akan post dalam satu lagi post #PreparationToBali . Dalam entry tu aku akan cerita sekali persiapan ape perlu dari segi tiket flight, hotel, bajet dan lain-lain lagi.
1900 : Lepas sudah maghrib and mandi semua, kitorang pon bersiap nak keluar dinner. Eip, sini pukul 7 dah nak masuk isya' okay. Hahaha.
Kalau bab makan ni, aku lah paling rumit berbanding Faqih. Aku jenis tak boleh telan sangat benda yang aku was-was dan aku ni sememangnya cepat was-was berbanding Faqih. Tetibe aku teringat masa aku gi Korea dulu. Entah macam mana aku boleh melantak tanpa pikir benda-benda yang patut dipikir tu hahaha. Yelah.. Sini dah lah majoriti agama Budha. Nak cari makanan halal tu, MasyaAllah memang susah lah. Aku memang dah bawak bekal siap-siap dari Malaysia. Aku beli Berahim. Memang makanan wajib dibeli setiap kali kita pergi travel luar negara.
Muka bosan tunggu taxi. |
Malam tu kitorang gi lobby, tanya kat mana paling dekat restoran halal. Dorang cakap depan jalan besar ada satu kedai minang muslim. Kitorang pulak macam tak larat nak jalan. Suruh dia call taxi. (kaya kan call taxi. haha). Kalau korangnak datang Bali and nak naik taxi, sebaiknya amik taxi Blue Bird. Taxi ni warna biru and die ikut meter. Jangan amik taxi selain Blue Bird.
Depan restoran minang |
Boleh lah untuk isi perut sebelum gastrik aku datang |
Aku amik ayam and sayur je. Faqih aku tak hingat nak amik ape. Gambar pon lupa nak amik sebab dah lapar sangat. Mula-mula aku makan elok je last-last aku tetiba tak selera hahaha. Faqih punye pinggan siap licin bagai lagi adeiiih. Aku memang tekak bugis betul la.. Hahahaha
Lepas makan kat kedai tu, kitorang jalan ke depan sikit kot-kot ade pape, rupanya takde pape. Dah lah malam , sokitorang berhajat untuk patah balik and terus ke hotel. Emangnya aku pening dah waktu tu dengan jem teruk and jalan sempit semua.
2000 : Baru sampai hotel. Ape lagi, terus tidur. Oh, by the way kitorang dah contact sorang supir ni waktu dekat airport. Pak Joni namanya.. Kitorang book dia dua hari. Details untuk supir ni aku akan masuk dalam entry #PreparationToBali nanti.
Perbelanjaan terkumpul #Day1
Naik taxi dari hotel ke restoran minang : Rp30000 (RM10)
Dinner nasi padang - 2pax : Rp44000 (RM14.20)
Total : Rp74000 (RM 24.20)
Klik SINI untuk entry #Day2 di Bali Indonesia.
4 comments:
Berahim tu ape wehh?? Cepat2 post next preparation to bali pleasee..Tak sabar nak baca! :D
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )
Sis mne post preparation to bali?
tak sempat nak buatt, busyy. hehehe :p
Post a Comment