Kali ni aku nak review first percutian kitorang lepas selesai majlis reception dekat Shah Alam. Walaupun dah hampir sembilan bulan yang lepas, aku akan cuba lah untuk ingat balik percutian kitorang ni di The Shorea, Jelebu Negeri Sembilan.
The Shorea Retreats
The Shorea ni terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Perjalanan nak ke sini kalau ikutkan dekat jela dari rumah tapi yang membuatkan terasa jauh tu sebab penempatan dia agak dalam dari bandar Seremban. Masuk hutan (tapi takdalah adventure bagai semua tu) and suspen jugak at first tapi jangan risau sebab TheShorea ni memang terletak dekat dalam forest yang menghijau gituu baru terasa nyaman kan.
Kenapa "Shorea"? Shorea ni sebenarnya sejenis rainforest trees jugak lah macam geng-geng Chengal, Merangti semua tu. So basically, resort ni sendiri dibangunkan menggunakan recycled shorea timber tu sendiri . Hmm mungkin sebab tu harga semalam agak pricey kot? Haha!
The Shorea in Facebook!
Kitorang dapat tahu pasal TheShorea ni melalui Facebook. Aku ingat lagi dalam hujung tahun 2014, TheShorea pernah viral dekat Facebook posted by Siakap Keli or something geng-geng dorang tu lah. Masa tu kitorang memang tengah sebok preparation kahwin, dengan praktikal nye lagi. So nampak ade posting ni, and macam tertarik je so kitorang pun buat kata putus nak pergi honeymoon dekat sini lepas habis je majlis dekat Shah Alam.
Macam mana nak tempah Villa?
Once kitorang dah tahu pasal The Shorea ni, kitorang terus pergi ke website dia untuk tahu lebih details lagi tentang harga, jenis villa dan lain-lain. Boleh klik SINI untuk terus direct terus ke website TheShorea
Basically, konsep TheShorea ni lebih kepada macam konsep villa tapi takde lah sampai ade private pool semua tu. Swimming pool still sharing dengan villa-villa yang lain. So dekat TheShorea ni ada empat jenis villa:
- Villa Shorea
- Villa Halia
- Villa Bougainvillea
- Villa Kemboja
Villa Shorea merupakan villayang paling besar lah dekat TheShorea Resort ni. Villa ni ada dua tingkat and ada beberapa bilik tidur and bilik air. Ada ruang tamu, ruang makan and small kitchen jugak. Lepas tu ada attach dengan swimming pool ala ala private lah jugak tapi tak lah tertutup, still orang luar boleh nampak.
Villa Shorea |
Villa Halia merupakan beberapa kesinambungan (eceh) bilik yang meng-attachkan dengan Villa Shorea. This villa can fit up to 8 adults approx la. So to those yang amik Villa Shorea je boleh amik Villa Halia ni.
Villa Bougainvillea ni villa yang tak besar and tak kecik (haha). Ade satu bilik je macma hotel tu, satu bilik air, ada balcony and small kitchen. Boleh muat up to 5 adults.
Villa Bougainvillea |
Villa Kemboja satu-satunya villa yang paling low-cost lah berbanding dengan villa yang lain. Tapi takde lah low pon, harga tetap mahal jugak. Villa ni lebih kurang je macam Villa Bougainvillea ni cuma yang membezakan die adalah keluasan bilik, view yang tak semenarik dari dua villa sebelum ni and toilet dia. Toilet dia ni open tapi bukan open semua orang boleh tengok tu. Open maksudnya takda atap. Hahaha. So smabil mandi sambil tengok langit gituuu. Toilet dia takda bathup and agak kecil.
Villa Kemboja |
Villa Rates
Rates ape yang aku boleh simpulkan agak mahal lah. Mungkin berbaloi jika dapat duduk reramai rasanya. Memandangkan kitorang duduk berdua je, so bagi kitorang agak mahal tapi takpelah kitorang stay jelah.
Untuk trip kitorang kali ni, kitorang stay dekat Villa Bougainvillea. Masa ni kitorang pergi hari Ahad, tidur satu malam so check out hari Isnin. Kitorang dapat harga, RM 750/night. Gambar kat atas ni rasanya harga baru. Dulu murah lagi. Hehehe.
Waktu ni kitorang email Elaine (owner TheShorea), tanya kalau-kalau ada package untuk honeymoon. Dia response memang cepat and sangat polite and memang ada package untuk honeymoon. Elaine suggest untuk stay either Villa Kemboja atau Villa Bougainvillea.
For couples, we can provide below:
3 course dinner = MYR 65 (roast chicken) / MYR 90 (pan-fried salmon) per person
A bottle of wine (750ml) = MYR 130
Chocolate cake (0.5kg) = MYR 80
Roses ("I ♥ U") = MYR 80
Memandangkan kitorang punye budget pun macam biasa-biasa je, so kitorang just amik roses tu je. Candle-light dinner semua tak amik kunun bajet rajin lah nak pergi cari kedai kat luar. Hahaa.
Recreational Activities
Memandangkan resort ni dalam hutan, so aktiviti pun aktiviti ke-hutanan lah. Kat sini ada waterfall kalau nak pergi mandi, lepastu ada jungle trekking and kalau tak pun boleh lah jalan-jalan nature walk gitu. Tapi kitorang satu malam je kat sini, tak sempat nye nak berjalan bagai. Aktiviti kitorang just menghayati keindahan alam, yela penat kan baru habis kahwin semua tu and swimming jela..
Tapi kat sini satu jela kelemahan yang aku nampak.. Jauh dari bandar atau pekan. So kitorang susah nak cari makan tengah-tengah malam. At the end, kitorang end up order makanan je. More details dekat next entry nanti.
Current Expenses
Villa Bougainvillea (Weekdays) : RM750/night
Roses Petals + Fresh Roses : RM80
Total : RM830
Tulusly,
1810 ; 8th December 2015
2 comments:
menarik...sunyi dan elemen romantik.. sesuai utk honeymoon dan nak lari sebentar dari hiruk pikuk bandar barangkali...
WOW CANTIKNYA
Post a Comment