Disebabkan aku tersangatlah tegar dengan anything yang berkaitan dengan coklat, boleh dikatakan kekerapan aku pergi ke Coolblog/Chatime/Starbucks sangatlah tinggi. Untuk mengatasi masalah pembaziran yang melanda ni, aku telah come out dengan satu solution iaitu, buat sendiri jelah kat rumah! =.='
Ni resepi campak oleh aku sendiri berdasarkan bahan-bahan yang ade kat rumah sewa ni hahaha. Tapi rasa dia, sebijik sama macam Coolblog! Hahahaha #perasan
Bahan-bahanya (hidangan untuk dua orang) :
- 3 sudu besar serbuk milo
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar susu pekat (boleh ganti dengan susu cair)
- Air sejuk
- Ais ketul
- 3-4 keping oreo
- Hershey's Chocolate Syrup (optional)
- Whipped cream (optional)
Cara-caranya versi Yard (haha) :
- Masukkan air sejuk dalam blender. Better letak sikit-sikit dulu takut nanti terlampau cair. Setengah orang suka je cair.
- Masukkan ais ketul.
- Masukkan serbuk milo, serbuk koko, dan susu pekat.
- Then, blend kan bahan-bahan tu. Sambil blend tu boleh sukat tahap mana nak pekat air tu. Boleh la tambahkan air sikit-sikit kalau nak.
- Dah rasa macam okay, baru masukkan oreo.
- Blendkan. Kalau nak oreo tu crunchy, blend kejap je. If nak fully blend, so biar blend lama sikit.
- Tuang dalam gelas.
- Letak chocolate syrup/whipped cream as topping.
- Siap and minum! :D
** Sukatan boleh diubah mengikut citarasa, kepekatan, kemanisan masing-masing.
Memandangkan duduk rumah sewa ni berdua je, makanya bosan-bosan buatlah ice blended ni. Waktu petang sedap kalau minum lagi-lagi waktu-waktu panas haa.
Gambar tak sempat nak amik sebab khusyuk duk pumpang kat dapur. Belanja gambar Google jela tapi memang sebijik sama :p
Have a try! <3
Tulusly,
1705, 31st October 2015
0 comments:
Post a Comment