Assalamualaikum!
Sejujurnya, nak dapatkan mood untuk menaip ni sangat susah walaupun hati ni berkobar-kobar nak menaip. Dek kerana banyak sangat cerite tak ter-update, makanya aku akan mulakan dengan event yang paling latest sekali lah iaitu, Majlis Graduasi-ku. :)
Pada 5 Oktober yang lepas merupakan hari yang sangat bermakna buat kami se-batch kerana akhirnya setelah hampir tiga tahun setengah, pejam buka pejam buka, alhamdulillah kami dapat menghabiskan Ijazah ni dengan jayanya!
|
From left; Naddy, Sarah, Yard, Tira and Faezah |
Memandangkan kampung aku tersangatlah dekat dengan UTHM, so aku takdalah masalah mengenai penginapan tu. Cuma diorang ni memang rata-rata dari sebelum nak ber-konvo lagi, semua menginap dekat homestay atau pon hotel. Haih, banyak alkisahnya tapi aku macam takda space pulak kan nak bercerita apa yang terjadi tu. Hahaha!
Yela, aku tak nafikan lah masalah utama dengan diorang ni, kalau bersembang tu memang tinggi menggunung weh. Nak plan tu susah! Susah betul menjadi nya. Tapi alhamdulillah, kawan-kawan aku ni hati mulia orang nya jadi kali ni dorang lebih terbuka dengan plan-plan yang nak bergambar sebelum hari konvo.
Jadual aku sangat lah pack. Tapi aku salute dengan dorang ni. Setiap kali aku cadang waktu, semua nye okay je. Bagus, ni yang aku suka hahaha! Ye lah, aku ni dah kahwin, agak susah lah nak macam dulu lagi kan. Planning tu penting.
|
Shot wajib lompat lah =.=
|
Kami plan hari Ahad nak jumpa untuk menggedik tangkap gambar kenangan sesama. Si Faezah and Naddy pon baru sampai Batu Pahat waktu tu. Agak okay lah jugak timing ni, jadi kami buat kata sepakat nak jumpa dekat fakulti. Bayangkan dari janji nak jumpa pukul 2, terus lah postponed ke 2.30 petang dan akhirnya hinggalah pukul 3 petang! =.=' . Takpe, aku okay je sebab aku pon lambat gak hahaha.
Mungkin rata-rata dah tahu atau mungkin tak tahu. Kitorang kekurangan sorang jemah sebenarnya. #MissingOurNazihah. Hah, ni hashtag isitmewa aku buat untuk Zihah tau masa hari konvo. Zihah tak dapat nak attend convocation sebab dia dah fly ke London, pursue her studies. Memang sadis sebab sebab tak dapat nak sesama rai dengan kitorang. Tapi aku dapat lah jugak jumpa dia dekat KLIA waktu tu masa nak hantar dia fly. Setahun tu tak lama, tahun depan Nazihah balik dah!
|
Belakang tu fakulti kesayangan kitorang :') |
Aku sebenarnya macam malas nak describe perangai, kerenah, kebaikan, kegedikan diorang ni sebab alaa lebih kurang aku je so takkan aku nak describe diri aku kot? Hahaha mana mungkin lah! Hahaha. Tipu lah sepanjang dari awal kami kenal, kami tak pernah gaduh. Gaduh manja wei, baru namanya kawan tetap utuh sampai sekarang tau! Tapi aku ade perasan yang aku tak pernah gaduh dengan Tira. Hahaha. Paling kerap aku gaduh? Alaa siapa lagi dengan si Naddy lah. Hahaha. Tapi bila difikirkan balik, setiap dari kita ada kekurangan dan kelebihan. Apa guna kawan kalau kita tak boleh saling terima satu sama lain. :)
|
Four-pieces for four <3 |
Hobi aku memang selalu sangat lupa bawa instax camera kalau keluar. Tapi kali ni aku bawak la bende alah tu sebab niat nak bagi sorang satu keping buat kenangan. Tadaaaaa, posing semua lebih kurang je sebab kang berebut semua nak pilih yang posing cun. Hahaha
|
Us |
Kasi chance lah selfie beberapa kali kan. Waktu ni memang semua dah basah leting dah hahaha. Aku pon tak larat dah nak senyum, tapi overall puas hati dapat jumpa diorang sebab kitorang percaya bahawa waktu hari sidang tu nanti kitorang tak kan ada masa nak jumpa se-lama macam ni sebab semua sibuk dengan family. Jadi, cukuplah sehari ni pengubat rindu <3
|
"Saya handsome!" |
And lastly, terima kasih kepada tukang tangkap gambar rela hati dah tak berbayar hahaha. Ini lah photographer sambilan aku kemana saja aku pergi, takda orang lain dia lah tukang rela hati tangkap gambar aku. Hahaha thanks abang! <3
Tak habis lagi cerita pasal convocation ni. Nanti nak sambung next entry pulak! Ni aku gigih buat satu entry lepas berjaya jumpa satu method untuk assignment aku! Muahahaha. Okay goodnight!
Tulusly,
|
0253, 18th Oktober 2015. |