Okay jangan terkejut. Dah lama sangat blog ni tak terupdate. Last update July, 2016 weh hahaha 😂😂 Sumpah wallahi, banyak kejadian terjadi sepanjang tempoh dua tahun blog ni terabai hahaha. Alhamdulillah, untuk pengetahuan umum (semua orang perlu tahu :p), aku sekarang tengah sarat mengandung setelah penantian selama 3 tahun 9 bulan. Sarat lah jugak sebab memang boleh dikatakan nak keluar rumah pon malas dah ni. Takpe nanti aku story banyak sikit dekat posting lain sepanjang perjalanan mengandung aku yang pertama ni 😌
Insha Allah, due date aku jatuh pada bulan Disember ni. Tak sabar nak jumpa Baby H hehehe. So sebelum Baby H keluar, aku and Faqih pakat nak so-called babymoon kononnya. Yela tak lama lagi dah bertiga, ayuh lah pergi staycation sementara jadual weekend tengah kosong ni.
Kali ni kitorang pilih untuk pergi dekat-dekat je. Sebenarnya duk lama dah pikir nak pergi mana. Planning nak pergi Langkawi tapi macam tak diizinkan, jadi pergilah Port Dickson. Oh, kitorang planning nak babymoon dalam negara je sebab antara faktor nya, dah tak larat nak jalan jauh, takut jadi ape ape, and nak naik flight pon leceh kalau dah sarat. Mulanya Langkawi and Sabah masuk list tapi jadi and plan akhirnya kami ke Lexis Hibiscus Port Dickson 💋
Entry kali ni aku nak share persediaan yang aku buat sebelum hari kejadian, gituuu ye. Aku booked hotel seminggu sebelum, tapi beberapa minggu sebelum tu aku ada survey juga tapi last-last aku booking seminggu sebelum. Kah!
Hotel
Untuk persiapan hotel, aku dah usha dua minggu sebelum berangkat. Aku ni jenis kalau nak book hotel memang suka buka semua website. Aku bukak semua lah ; website official hotel, Agoda, Traveloka, Booking.com, Trivago, etc. Lepastu aku suka bandingkan. Usually aku akan end up beli dekat website official and Agoda. Tapi waktu aku nak booking Lexis ni, aku booking via Traveloka. Sebab preferred date aku waktu tu, Traveloka jelah yang paling murah.
Harga bilik? Aku ambil Executive Pool Villa with two breakfast. Kene check betul-betul kalau nak include sekali breakfast atau korang taknak. Kalau w/o breakfast, murah sikit lah. Ade lah beza dalam RM80-RM100. Total untuk satu malam, aku dapat RM771 with breakfast ya. Oh ya, aku pergi waktu weekend so selalunya weekend mahal sikit lah. Dua minggu sebelum tarikh, aku survey waktu tu aku dapat murah lagi, around RM600+ for weekend. Tu lah tak book awal sangat kan. Tapi harga bilik dekat Lexis ni paling rendah boleh pergi (up to October 2018), around RM600+. Kat website pon sama rate gitu.
Props
Untuk meningkatkan lagi mood holiday tu, aku pon sewa lah float. *mengada* hahaha! Aku pon carilah merata. Google, instagram bagai. Dah tak ramai orang sewa kan float, dulu aku ingat lagi lambakan orang sewa. Anyways, last-last aku pon jumpa seller float dekat instagram. Ramai je seller dekat instagram tapi nak pilih tu susah. Aku rent dekat www.instagram.com/thepartymomentum 😃 Walaupon follower dia tak lah ramai, bawah 1K tapi kita jangan fikir dia scammer ape ke bagai pulak. Kene bagi support tau dalam pada masa yang sama kene pastikan takde cubaan menipu ke ape. Overall, aku tersangat recommend ambil dekat dia! 😉
✅ Medium float unicorn, RM35/day. Tapi aku nak sewa weekend, Sabtu-Ahad and dah kira dua hari lah kan. Tapi seller ni charge aku for one day je, and charged for RM25! 😮
✅ I thought kene pickup hari Sabtu lah kan. Tapi rupenya dia bagi pickup hari Jumaat aaaaand return hari Isnin hokayy. Ingatkan return hari ahad. Alahai menyenangkan betul! If tempat lain, dorang akan charge Jumaat and Isnin tu sekali (well depends tengok tempat).
✅ Sewa oer day RM25 tu dah termasuk sewa electric pump. So electric pump tu dia bagi gitu je, tak ya sewa. Tempat lain, ada yang dorang charge tau 😁
✅ Seller reply laju eventho dia tengah drive kahhh! (I tak suka seller reply lambat)
✅ Dia tak berkira. Dia siap bagi extra cup holder flamingo float lagifor 2 pieces. No charge, gune je.
✅ Deposit dia ambil RM150 for this type of float, still dalam range yang okay.
✅ I whatsapp Rabu, datang collect Jumaat. Tanpa letak sebarang deposit terlebih dahulu. Seller terus lock the floar for me hewwww
Overall aku rasa berbaloi kot. Aku just sewa dengan harga RM25 kikiki. Oh dia ada sewakan banyak jenis float tau. Each type lain harga. Aku punya ni one seater, tu pon boleh tahan besar jugak. Aku puas hati sangat dengan servis dia. Tak sure boleh post atau tak tapi suppose memang boleh post pon. Aku terus tanya for self-pickup sebab nak cepat kan so Faqih lah tukang ambil dan tukang return. Thank you daddy layankan Baby H. Eh? 😅😅
Camera
Antara benda yang terpenting setiap kali bercuti, of course ler camera. Aku bawak dua camera tapi hampeh kedua duanya aku tak guna hahahhaa. Aku planning nak buat video untuk holiday nanti so rajin lah bawak camera bagai tapi aku tak guna pon sebab aku terasa banyak gilaaa nak guna. Last-last aku guna phone je untuk tangkap gambar, untuk buat video, and untuk buat story instagram hahahaha tu jangan lupe k 😝😝 So terpulang masing-masing. Aku malas nak tukar-tukar hahaha so gune phone jela. Dah la camera nya tak berapa nak lawa, Phone tu lah buat video, tangkap gambar zzzz.
Others
Barang lain tu normal lah keperluan peribadi, and pakaian yang secukupnya. Aku tertinggal satu persalinan pakaian waktu malam. Pergi dinner takde baju. Hahahahaaa. Aku dah iron siap-siap, lepastu tertinggal dalam almari kat rumah. Selain tu, aku ade lah bawak topi kahhh! Sesaja ajet-ajet kah! Hurm better pakai sandal jela, tak payah pakai kasut. Tu je kot.. Oh! Ade lagi.. bag hospital baby and buku pink jangan lupa dibawa dan letak dalam kereta k hahahha takut terberanak pulak 😜😜
Rasanya ni jela kot persiapan sebelum nak pergi Lexis. Macam jauh je kan bunyi hahaha. Oh sebelum terlupa aku sekarang dah 30 weeks, dalam 7 bulan lebih gitu. Mungkin agak awal untuk babymoon tapi bagi aku just perfect time je kot. Lagi-lagi weekend kitorang bulan October-Disember memang dah full weh hahaha. Takde weekend dah, so tu yang pergi waktu ni. And aku rasa waktu pergi tu pon aku dah macam tak larat lagi. Apetah nanti kalau dah berbulan-bulan. Tapi terpulang masing-masing, ketahanan badan seseorang tak sama hahahah.
Nanti aku sambung entry untuk hari pertama kitorang dekat Lexis and rezeki Baby H sebab kitorang dapat unit yang menghadap laut (Sea View) hehe. Bye!
Tulusly,
1745 ; 10th October 2018 |