Wednesday, 20 January 2016

Day 4: Itinerary Honeymoon ke Bali, Indonesia

Assalamualaikum!

Entry kali ni nak sambung hari terakhir kitorang dekat Bali. Untuk hari yang terakhirnya ni kami tak berjalan mana. Just lelepak villa, rehat-rehat tenangkan fikiran. Flight kitorang malam dalam pukul 7 petang gituu. Tapi kitorang check-out lewat, pukul 2 petang sebab kitorang under package dimana dalam package ni kitorang boleh check-out lewat tapi based on availability lah.

Mak aku dah pesan, datang Bali kalau tak rasa dia punya massage memang rugi lah. Hahahaha. Jadi, hari pertama lagi aku dah aim nak massage-massage ni. Memandangkan area villa kitorang takda kedai spa/massage , so aku decide untuk ambil yang dari hotel punya ja. Harga pun tak mahal sangat. Okay lah, berbaloi je ;)

Aku dah booking sehari sebelum. Yelaah, nak mengelakkan kot-kot ramai orang ke kan. Boleh buat dekat lobby hotel (kalau package yang include spa - mandi bunga/sauna/etc) atau dekat villa kita sendiri. Basically kalau buat dekat villa hanya untuk massage jela. Nanti ada staff dorang datang villa kita untuk massage. Aku janji dengan dorang dalam pukul 9pagi dorang datang villa.

Gambar masa massage of course lah takde hahaha. Staf dorang datang tepat pukul 9pagi. Then dia akan buat massage dalam bilik. Faqih kat bawah je, tengok tv. Ops, villa kitorang dua tingkat. So bilik tidur kat atas. Macam dalam package atas tu, aku decided amik Aromatheraphy Massage. Ape yang aku boleh cakap, sangat sedap!!

Aku ada satu habit yang ekceli aku tak boleh orang urut aku. Aku geli. Hahahaa. Aku geli bila kene urut terutamanya dekat part kaki. Part kaki best mestilah dekat badan. Tapi yang bestnya, first time dalam hidup aku bila massage kat sini aku tak geli langsung hahaha. Relek je.. And okay aku sampai tertidur okayyy and selama aku pergi massage, ni pertama kali aku tertidur waktu massage. Hahahaha!!

Lepas dah sejam ber-massage, aku pun teman lah si Faqih ni mandi kolam jap. Hari terakhir nak merasa mandi dekat private pool kan. Hahahaha.

Dah habis mandi manda, kitorang rehat kejap sementara nak tunggu check-out pukul 2petang. Aku kemas-kemas beg semua and get ready ape yang patut.

Sebelum balik, sempat tangkap gambar luar villa. Ni lah villa kitorang. Vila nombor 141. Vila ni tengah-tengah. Line internet pun kuat. Hehehe.

Oh ya, package kitorang ni termasuk dengan return transfer to airport. So takda masalah lah nak pergi airport. Hantar kunci kat reception then kitorang tunggu driver.

Disebabkan airport transfer dah masuk dalam package semua, so kitorang ni blur lah kejap nak bagi tips ke tak. FYI, duit kitorang waktu ni betul-betul dah nak habis! Hahahaha. Tinggal duit backup untuk makan lunch je.. At the end, kitorang ada lah bagi sikit tips. Tapi memang sikit nak mampos lah cerita dia. Kahkahkah!

Bila sampai je airport, kitorang pon check in, Untuk balik, kitorang ada amik luggage sekali so senang lah takyah nak angkut bag bagai. Sementara tu kitorang pusing-pusing airport. Ekceli waktu ni memang sangat lapar. Pusing-pusing cari kedai nak makan tapi boring gilaaa, tak banyak restaurant. So kitorang pon decide nak masuk je terus just in case kat dalam ade benda boleh makan.

Anddd.. Tak banyak pon boleh makan. Last-last kitorang beli air mineral, coke, ice chocolate, sandwich tuna and croissant butter je untuk alas perut. Flight kitorang waktu ni patutnya pukul 7.15pm tapi delay to 7.50pm. ZZzZzzzZ

Dalam jam 10.50pm kitorang sampai KLIA2. Balik tu mak abah and aus datang amik dekat airport. Fuhh rasa nikmat gilaaa sampai tempat sendiri. Rindu gila bau Malaysia hahaha balik tu memang terus melantak sebab lapar gilaaa.

Alhamdulillah. Selesai dah percutian honeymoon kitorang ke Bali. Overall, okay lah. Best je, banyak pemandangan yang cantik. Sesuai untuk tenang-tenangkan fikiran and dengan pantai-pantai yang banyak kat sini. Rasanya cukup la kot ni pertama dan terakhir kami berkunjung ke Bali. Better spend duit ke tempat yang lain pulak. Dah ada target dah, lepasni memang nak travel yang banyak water activity je. Hahahaa.

Okay lah, thank you for reading dari #Day1 lagi. InshaAllah minggu depan kitorang pergi Cameron Highland pulak. Memang dah berjuta kali pergi sampai naik boring dah tapi kali ni pergi dengan husband so pertama kali la kan? Hahahaha #PreAnniversary

Perbelanjaan Terkumpul #Day4

Massage : Rp200000 (RM63)
Air Mineral : Rp15000 (RM5)
Coke + Ice Chocolate + Butter Croissant + Sandwich Tuna : Rp174000 (RM55)

Total : Rp394000 (RM124)

Perbelanjaan Sebenar
Flight x 2pax : RM1300
Hotel 4D3N : RM600
Expenses : RM797.72

Total/person : RM1348.86
Total : RM 2697.72

Tulusly,
1758 ; 20th January 2016

Monday, 18 January 2016

Day 3: Itinerary Honeymoon ke Bali, Indonesia

Assalamualaikum!

Minggu ni aku dah start very the longgggg semester break hahaha! Sebulan setengah cuti tapi aku punye cuti pack dengan aktiviti okayyy. Minggu ni je ada rehat sikit tu pon weekend ni aku busy dengan family program.

Okay back to basic, aku nak sambung #Day3 dekat Bali. Gile kau lama aku update story Bali ni hahaha. Pap!

0820 : Pagi ni terbangun lewat sikit (solat subuh mesti okay) sebab semalam dah keletihan seharian hahaha. Waktu ni baru nak pergi breakfast. Janji dengan Pak Joni pukul 9pagi gitu bertolak dari hotel.

0845 : Hahaha awal gila Pak Joni sampai. Aku breakfast pon kelam kabut. Yela, meamng lah dia yang tunggu kita tapi aku jenis serba salah and aku tak suka orang tunggu aku. So even janji pukul 9, kitorang bertolak dari hotel pukul 8.45pagi.

i) Tanah Lot
Harini destinasi punye tentatif ada ubah sikit. Patutnya pagi ni kitorang di-schedule kan untuk pergi water activity dekat satu pantai (lupe dah nama pantai). Disebabkan kitorang ni takde mood untuk bermandi manda (dimana aku rasa memang lah sangat rugi pergi Bali tapi tak merasai pantai-pantai ni), jadi kami pun skip and tukar dengan destinasi lain. Kenapa kitorang taknak mandi-mandi? Sebab kitorang nak berjalan je, tengok keindahan. And plus, tak bawak baju mandi. Nape tak beli? MALAS. Hahahaha.

So aku pun minta Pak Joni bawak kitorang ke Tanah Lot. Sebab takda dalam tentatif kan. Perjalanan dari hotel ke Tanah Lot agak jauh jugak kot.. (maybe jauh sebab sesak dengan jem), amik masa dalam satu jam perjalanan. 

Macam biasa, nak masuk tempat-tempat kat Bali tengok keindahan and even pantai pon kene bayar entrance. Tanah Lot ni adalah salah satu temple yang menarik lah dekat Bali ni yang wajib dikunjungi. Serious cantik sangat. SubhanaAllah..

Time kitorang pergi ni air pasang. So tak leh nak berjalan sampai ke hujung temple tu. Ape yang sebanarnya menarik kat sini? Kalau tengok betul-betul dekat gambar atas tu, ada satu temple dekat tengah-tengah lautan air (takda la lautan sangat) tu. Ekceli, bila air tak pasang, kita boleh berjalan sampai lah ke hujung temple tu tapi malangnya waktu ni air pon pasang. Sobs.

Ada gaya macam Rozita Che Wan tak? Hahahaha
Dekat Tanah Lot ni memang tak boleh mandi. Laut die sangat kuat gituuu. Tapi aku ade je la nampak mat salleh ni meluncur kat sini. Ombak kuat mesti lah syok kan. Memang ramai sangat tourist waktu ni. Berpusu-pusu nak amik gambar. Lama jugak lah kitorang dekat Tanah Lot ni sebab pemandangan dia cantik sangat!

Tatkala sedang asyik menikmati keindahan alam, kami sempat lah jugak tengok majlis upacara sembahyang dorang dekat temple yang berdekatan tu. Temple diorang ni ape yang aku dapat konklusikan, mesti berhampiran dengan laut. Diorang kat sini memang sangat lah kuat pegangan agama tu. Kira warak lah ceritanya. Haaa gitu.

Dah puas membatakkan diri dekat Tanah Lot ni, sempatlah last tangkap gambar dekat tugu ni (taktahu ape motif). Nasib baik ada Pak Joni tolong tukang tangkap gambar kitorang. Hiksss.

Okay bye nak gi next destination!

ii) Kuta Beach
Yesssss. Kuta Beach merupakan macam bandar yang meriah and happening la and memang 'naik' la waktu malam. Bandar ni dekat tengah Bali. Salah satu tempat yang memang hotspot orang untuk pergi sini. Kat sini memang berlambak hotel. Hotel-hotel mewah and well-known basically semua kat sini. Alaaa dont worry hotel bajet and biasa-biasa pon ada. Agak malang jugalah bagi kami kerana kami punye Vilaa sangatlah jauh dari Kuta Beach.

Tengah on the way ke Kuta Beach, ternampak sign board ni. Hahaha. Roti canai and teh tarik for RM6? Hmmmm. Oh ya, kat sini memang jemmmmmmmmmmm (stress berganda) and sesak, Kedai massage memang banyak kat tepi-tepi ni. Memang happening lah.

Yaaa, itu diaaaa. Disebabkan tak bawak baju mandi (ekceli boleh je gi beli) and malas nak mandi lah tukar baju lah bagai, jadi kami hanya mampu tangkap gambar and berjalan di sepanjang pantai. Memang sangat cantik pantai dia tau. Patutlah ramai mat salleh suka datang sini berjemuran. Di sepanjang pantai ni, memang banyak orang jual air kelapa untuk rehat-rehat and banyak juga lah servis-servis ada macam banana boat ke, and lain-lain lah paham-paham la macam tak biase je kan pergi pantai hehe. Kami sempat lah merasa air kelapa dia kat sini sambil duduk-duduk fefeling beach-an. Hahaha.

Disebabkan agak keletihan, makanya kami pergi lah masuk ke shopping mall yang berhampirna iaitu, Beach Walk. Masuk sebab nak dapatkan aircond je hahaha. And kitorang ada lah beli air chatime jugak hilang kan haus kepanasan.

Overall, kami ade sedih sikit sebab tak duduk dekat Kuta Beach huwaaa. Makan pon senang sini. Hardrock Cafe pon dekat sini. Nak sewa motor semua ada je kat tepi jalan ni. You name it, babe.

iii) Pendawa Beach
Ye ye ye betul, kami pergi pantai lagi. HAHAHAHAH. Harini aktiviti dia pantai je weh. Tapi takpe lah. Kite redha-kan saja ya. Hahaha.

Perjalanan agak jauh, sampai nak tertidur aku. On the way perjalanan tu, kitorang singgah solat dekat Nusa Dua. Dekat sini susah sangat nak jumpa masjid. Alhamdulillah Pak Joni singgahkan kami dekat salah satu masjid dekat Nusa Dua. Uniknya disini, ada tiga/empat rumah sembahyang berlainan agama tapi sebelah-sebelah je bangunan dia. Haaa paham tak? Hujung sekali, masjid. Lepastu gereja (kristian), and then temple (budha).Ada satu lagi kot aku lupe dah ape dia.

Lepas habis je solat, kami teruskan perjalanan ke Pendawa Beach. Macam biasa lah, entrance kene bayar lagiii. Faqih pun memulakan agenda nye dengan bercakap dalam dialek indonesia. Dapatlah sikit murah kan. Hahaha.

Masa sampai sini rasa fantastic boom boom sangat sebab bila nak masuk tu kena lalu macam gunung ganang bagai tu (rasa macam suspen je) and then last-last peghujung dia, tetibe je ada pantai. Hahaha rasa macam unik and cantik sangat!

Basically kat sini aku tengok tak ramai yang mandi manda. Ramai yang macam lelepak, makan, and buat aktiviti air macam banana boat semua tu kan. And kat sini memang serious bederet kedai massage kalau korang nak sesambil massage kan diri. Gerai makan pon banyak.. Aku kat sini tak lama pon just pusing-pusing and tengok-tengok then balik sebab panas terik waktu ni.

iv) Padang-Padang Beach
Seterusnya Pak Joni bawak kitorang ke pantai yang terakhir iaitu, Pantai Padang-Padang. Pantai ni sangat unik and lain dari yang lain and serious menakjubkan!

Nak masuk ke pantai ni agak adventure sikit. Pak Joni park kereta dekat area parking then kitorang terus ke entrance pantai. Memule agak pelik sebab like, mana pantai? Haaa gitew. Rupe-rupenye kitorang kene naik tanggaaa, boleh tahan letih gak lepastu masuk celah-celah macam celahan batu and jalan tangga tu sangat sempit. Rasanya macam one way je sekali jalan,

Haaa macam kat atas tu lah tapi dont worry jalan die takde lah teruk pon, siap ada tile bagai semua tapi memang letih la sampai dah terasa mandi dah badan aku waktu tu.

Kat sini kau akan dapat lihat lambakan mat salleh menikmati kepanasan (dorang berjemur la maksudnya) hahaha. Pantai ni ait die sangatttt sejukkkkk and sangat jernih! And rupa dia macam tak rupa pantai sangat. And pantai ni memang banyak sangat lumut tapi bagi aku rasa macam lumut kotor tu tapi lumut yang cantik and unik.

Waktu ni aku terasa taktahu nape tapi rasa macam nak pitam. Mungkin sebab letih berjalan and cuaca pon agak panas. Jadi aku hanya mampu berehat di bawah teduhan macam gua gitu alaaa susahnye nak explain. Hahaha. Faqih je gi teruskan berjalan lagi ke depan sebab nak di tangkap-tangkap gambar. Lulz. Balik tu aku pun beli lah satu botol air jus oren untuk hilangkan tekak yang kepanasan tu,

v) Uluwatu
Next merupakan tempat yang bagi aku memang untuk dinanti-nantikan iaitu Uluwatu! So macam biasa, nak masuk kene bayar entrance siap-siap.

Anddd yaaa, Uluwatu ni merupakan salah satu tempat temple diorang jugak. Aiih dorang memang suke temple dekat dengan lautan! Disebabkan tempat ni merupakan macam tempat suci dorang so visitor kene pakai kain and tali. Kain akan dorang bagi untuk sesapa visitor yang macam tak tutup aurat dekat kaki gitu, and pakai kain tu and tali pulak kene ikat dekat pinggang. Tali tu tali kuning okay! Disebabkan kami berdua menutup aurat sempurna dengan jayanya maka kami hanya diberi tali kuning sajaaaa.

Kalau dapat tengok, Uluwatu ni sangat cantik. Kitorang dapat tengot sunset dekat sini. Waktu petang memang sangat cantik. Oh ya, kalau nak tahu inilah Lautan Hindi (Indian Ocean).Ombak sangat kuat and angin pon sejuk je,

Semasadekat Uluwatu ni, perlulah sangat berhati-berhati dengan monyet-monyet yang banyak berkeliaran kat situ. Sangatlah perlu untuk sentiasa pegang beg tangan erat dan kalau ada pakai cermin mata ke haaa kene jaga sebab sini dah banyak dah orang kene curi cermin mata, beg and lain-lain dengan monyet kat sini hahaha.

So sesudah kitorang berjalan persekitaran Uluwatu ni, kitorang pon berehat kejap sementara untuk tunggu Kecak Dance. Ramai jugak orang duduk and tunggu untuk dance tu. Untuk masuk tengok performance Kecak Dance, kene bayar entrance Rp100k/pax. Bila kaunter dah bukak, Pak Joni pon gi lah beratur and belikan untuk kitorang. Tapi ape yang kami pelik, ada je visitor yang beli sendiri tanpa tour guide dorang yang belikan. And aku rasa kalau geng-geng tour guide ni mesti dapat murah kan instead kalau orang luar macam kitorang ni yang beli. Takpelah, bersangka baik jelah, 

Bila gate dah bukak, kami pon masuk lah and cari tempat duduk yang best untuk tengok performance tu. So basically kalau kat Bali ni memang popular lah dengan tarian pemujaan dorang. Tapi pemujaan ni bukan pemujaan semata tapi ada lah jalan cerita dia and aku pun dah tak ingat dah pasal ape. Hahaha.

Kecak Dance ambil masa dalam sejam.Dari pukul 7 petang hingga 8 malam. Permulaan performance rasa macam excited tapi lelama agak hambar sedikit and aku dapat tengok orang dah mula start bosan and ada yang siap kelar terus okayyy.

Persembahan meriah bile ada watak monyet putih yang tetiba entah dari mana datang and panjat tombok tu. Yang ke-tak-boleh-bla-an tu, die siap pergi dekat audience puye sit and duduk sebelah audience sambil buat lawak and siap geletek-geletek bagai Adeih lemah jantung aku hahaha tapi nasib baik area kitorang tu dia just jalan je and tak berhenti hahaha. Aku rasa dia ni jelah yang dapat aku rasa tergelak waktu tu. Kitorang end up untuk stay sampai habis and bila persembahan habis memang semua orang keluar and berpusu nak balik. So agak ke-jem-an waktu nak balik sebab semua orang balik waktu serentak.

vi) Jimbaran
Destinasi terakhir adalah makan malam. Ekceli aku dah servey and kaji dan makan malam kat Jimbaran ni, Kita dapat makan malam tepi pantai ala-ala candle light dinner (macam ramai orang kata dalam blog) (and aku rasa macam err ape yang candle light dinner nye?) kununye sebab ada candle dekat atas meja. (err!) And makanan kat Jimbaran semua nye mahal! Tapi hmm takpelah kami redha je la dibawakan kat sini.

Paling aku kecewa kat sini adalah bila Pak Joni drop kan kitorang dekat satu restaurant ni and aku agak terkejut sebab nampak macam hmmm tak terurus restaurant nye dan hmmm like err banyaknye patung? And okay confirm takda halal cert! Dengan hampanya aku dan faqih duduk dan kami diberikan set menu dan sangat terkejut sebab mahal sangat lah mahal lagi dari dekat Malaysia. Last-last kami end up dengan air gas and kentang goreng. (hahaha) (orang lain makan seafood, kitorang makan bajet).

Lepas makan, kitorang jenjalan sekitar pantai and kat situ berderet restaurant tepi pantai which aku rasa memang tak menjamin ke-halal-an nye. Dan hmmm ramai orang islam makan dekat sini. Kami jalan jalan and ade la beli jagung untuk makan alas perut sikit.

Habis makan di Jimbaran, kami pun pulang ke hotel. Tak hingat sampai hotel pukul berapa tapi agak lewat. Pak Joni hantar dekat villa kami dan sampai situ je la servis kami. Selalunya orang akan bagi tips dan kami pun macam dah habis bajet je ni dan ade lah sikit kami bagi tips tapi memang sikit gila! Hahahaha #lantaklah

Itu jelah aktiviti kami di hari ketiga di Bali. Keeseokannya kami nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur dah tapi sebelum tu nak pekenaa massage Bali dulu hehehe!

Perbelanjaan Terkumpul #Day3

Entrance Tanah Lot : Rp25000/2pax (RM8)
Beli air kelapa @ Kuta Beach : Rp30000/1biji (RM9)
Beli Chatime @ Beach Walk Mall : 29500/cup (RM9)
Entrance Pendawa Beach : Rp13000/2pax (RM4)
Beli air oren @ Padang Beach : Rp10000/botol (RM3)
Entrance Uluwatu : Rp30000/2pax (RM9)
Entrance Kecak Dance @ Uluwatu : Rp200000/2pax (RM63)
Dinner @ Jimbaran (Coke+Sprite+Fries) : Rp121000 (RM38)
Tips Pak Joni : Rp50000 (RM15)

Total : Rp508,500 (RM160)

Klik SINI untuk entry #Day4 di Bali Indonesia
Tulusly,

0101 ; 18th January 2016