Tuesday, 8 December 2015

Persediaan Honeymoon di The Shorea, Jelebu Seremban

Assalamualaikum!

Kali ni aku nak review first percutian kitorang lepas selesai majlis reception dekat Shah Alam. Walaupun dah hampir sembilan bulan yang lepas, aku akan cuba lah untuk ingat balik percutian kitorang ni di The Shorea, Jelebu Negeri Sembilan.

The Shorea Retreats

The Shorea ni terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Perjalanan nak ke sini kalau ikutkan dekat jela dari rumah tapi yang membuatkan terasa jauh tu sebab penempatan dia agak dalam dari bandar Seremban. Masuk hutan (tapi takdalah adventure bagai semua tu) and suspen jugak at first tapi jangan risau sebab TheShorea ni memang terletak dekat dalam forest yang menghijau gituu baru terasa nyaman kan.

Kenapa "Shorea"? Shorea ni sebenarnya sejenis rainforest trees jugak lah macam geng-geng Chengal, Merangti semua tu. So basically, resort ni sendiri dibangunkan menggunakan recycled shorea timber tu sendiri . Hmm mungkin sebab tu harga semalam agak pricey kot? Haha!

The Shorea in Facebook!

Kitorang dapat tahu pasal TheShorea ni melalui Facebook. Aku ingat lagi dalam hujung tahun 2014, TheShorea pernah viral dekat Facebook posted by Siakap Keli or something geng-geng dorang tu lah. Masa tu kitorang memang tengah sebok preparation kahwin, dengan praktikal nye lagi. So nampak ade posting ni, and macam tertarik je so kitorang pun buat kata putus nak pergi honeymoon dekat sini lepas habis je majlis dekat Shah Alam.

Macam mana nak tempah Villa?

Once kitorang dah tahu pasal The Shorea ni, kitorang terus pergi ke website dia untuk tahu lebih details lagi tentang harga, jenis villa dan lain-lain. Boleh klik SINI untuk terus direct terus ke website TheShorea

Basically, konsep TheShorea ni lebih kepada macam konsep villa tapi takde lah sampai ade private pool semua tu. Swimming pool still sharing dengan villa-villa yang lain. So dekat TheShorea ni ada empat jenis villa:

  • Villa Shorea
  • Villa Halia
  • Villa Bougainvillea
  • Villa Kemboja
Villa Shorea merupakan villayang paling besar lah dekat TheShorea Resort ni. Villa ni ada dua tingkat and ada beberapa bilik tidur and bilik air. Ada ruang tamu, ruang makan and small kitchen jugak. Lepas tu ada attach dengan swimming pool ala ala private lah jugak tapi tak lah tertutup, still orang luar boleh nampak.

Villa Shorea
Villa Halia merupakan beberapa kesinambungan (eceh) bilik yang meng-attachkan dengan Villa Shorea. This villa can fit up to 8 adults approx la. So to those yang amik Villa Shorea je boleh amik Villa Halia ni.

Villa Bougainvillea ni villa yang tak besar and tak kecik (haha). Ade satu bilik je macma hotel tu, satu bilik air, ada balcony and small kitchen. Boleh muat up to 5 adults. 

Villa Bougainvillea
Villa Kemboja satu-satunya villa yang paling low-cost lah berbanding dengan villa yang lain. Tapi takde lah low pon, harga tetap mahal jugak. Villa ni lebih kurang je macam Villa Bougainvillea ni cuma yang membezakan die adalah keluasan bilik, view yang tak semenarik dari dua villa sebelum ni and toilet dia. Toilet dia ni open tapi bukan open semua orang boleh tengok tu. Open maksudnya takda atap. Hahaha. So smabil mandi sambil tengok langit gituuu. Toilet dia takda bathup and agak kecil.

Villa Kemboja
Villa Rates

Rates ape yang aku boleh simpulkan agak mahal lah. Mungkin berbaloi jika dapat duduk reramai rasanya. Memandangkan kitorang duduk berdua je, so bagi kitorang agak mahal tapi takpelah kitorang stay jelah.

Untuk trip kitorang kali ni, kitorang stay dekat Villa Bougainvillea. Masa ni kitorang pergi hari Ahad, tidur satu malam so check out hari Isnin. Kitorang dapat harga, RM 750/night. Gambar kat atas ni rasanya harga baru. Dulu murah lagi. Hehehe.

Waktu ni kitorang email Elaine (owner TheShorea), tanya kalau-kalau ada package untuk honeymoon. Dia response memang cepat and sangat polite and memang ada package untuk honeymoon. Elaine suggest untuk stay either Villa Kemboja atau Villa Bougainvillea.

For couples, we can provide below:
3 course dinner = MYR 65 (roast chicken) / MYR 90 (pan-fried salmon) per person
A bottle of wine (750ml) = MYR 130
Chocolate cake (0.5kg) = MYR 80
Roses ("I  U") = MYR 80

Memandangkan kitorang punye budget pun macam biasa-biasa je, so kitorang just amik roses tu je. Candle-light dinner semua tak amik kunun bajet rajin lah nak pergi cari kedai kat luar. Hahaa.

Recreational Activities

Memandangkan resort ni dalam hutan, so aktiviti pun aktiviti ke-hutanan lah. Kat sini ada waterfall kalau nak pergi mandi, lepastu ada jungle trekking and kalau tak pun boleh lah jalan-jalan nature walk gitu. Tapi kitorang satu malam je kat sini, tak sempat nye nak berjalan bagai. Aktiviti kitorang just menghayati keindahan alam, yela penat kan baru habis kahwin semua tu and swimming jela..

Tapi kat sini satu jela kelemahan yang aku nampak.. Jauh dari bandar atau pekan. So kitorang susah nak cari makan tengah-tengah malam. At the end, kitorang end up order makanan je. More details dekat next entry nanti.

Current Expenses

Villa Bougainvillea (Weekdays) : RM750/night
Roses Petals + Fresh Roses : RM80

Total : RM830
Tulusly,

1810 ; 8th December 2015

Monday, 7 December 2015

Day 2: Itinerary Honeymoon ke Bali, Indonesia #SecondHoneyMoney

Assalamualaikum!

Kepagian! Hahaha tak payah nak kepagian sangat. Aku buat entry ni waktu malam kot, celah mana nak paginya. Okay sekarang aku nak recap balik #Day2 kitorang masa dekat Bali haritu. Pap!

Muka ceria punye semangat nak jenjalan harini!
0500 : Well, seawal pukul 5 pagi kitorang dah bangun sebab sini dia punye masuk waktu Subuh tu, mak aii awal gile wehhhh. Kitorang bangun solat and sesiap nak pergi breakfast and jalan. Harini janji dengan Pak Joni pukul 8.30 pagi dekat lobby hotel :)

0730 : Awal gile keluar. Biaselah.. Mak Abah aku selalu pesan "Kalau nak tidur ke, bangun lambat ke, terperap dalam hotel je, tak payah jalan! Baik duduk rumah tidur je". Hahaha betuuul sangat. Tujuam kite adalah nak jenjalan bukan terperak okaayyy.

Ni kat area perkarangan villa.
Kitorang orang first okay breakfast. Takda orang lagi. Hahaha. So macam biase lah.. Be careful dengan hidangan sepanjang dekat Bali ni. Kalau dah rasa was-was tu better tak payah lah teruskan. Kalau yakin, okay je. Tapi yakin-yakin pon pastikan ambil berat juga hal-hal kebersihan semua.

Ruang cafe
Ruang cafe
Owner villa ni sememangnya bukan Islam. Staff dia pon rata-rata bukan Islam. Sini susah kita nak cam Islam ke tak sebab muka dorang semua lebih kurang je. Aku memang tak makan berat waktu ni. Aku just buat roti bakar beberapa set, air, sayur salad dan koko crunch dengan susu. Okay lah kan tu? Hihi takpe aku tak was-was bab ni :p

0830 : Harini janji dengan supir agak pagi jugak sebab banyak tempat nak pergi. Kitorang book untuk dua hari so supir dah siapkan tentatif untuk kitorang. Memandangkan tempat-tempat yang aku nak pergi tu lebih kurang macam dalam tentatif yang Pak Joni sediakan and ada beberapa tempat yang Pak Joni selitkan jugak.

i) Barong Kris & Dance
Perjalanan tak lah jauh mana. Dalam setengah jam dari pekan Seminyak campur jem semua. First tempat kitorang pergi dekat Barong Kris & Dance. 

Ini merupakan satu pertunjukan budaya dorang kat Bali. Show ni hanya waktu pagi je ada. Masa kitorang sampai tu, show belum start lagi and banyak pelancong lain yang baru sampai waktu tu.

Tangkap gambar kat area situ before show
Ini lah "Barong" nya. 
Show ni berkisahkan tentang bintang "Barong" ni. Aku pun tak tahu nak panggil binatang ke ape. Kang salah translate pulak. =.='

Paling terkejut, bila dah bayar entry fees semua, kitorang masuk then nampak lah patung Barong kat sini dengan ramai orang tangkap gambar. Kitorang pergi lah join. Ade lah orang tukang jaga Barong ni. Dah habis aku pose dekat patung tu, last-last kene bayar okayyy. Die takda tulis bayar ke hape. Die siap tak tahu malu minta "Rp10k pak". Memang kene maki lah dengan aku. Lagi-lagi percutian bajet macam kitorang ni. Sehabis mungkin nak minimize kan ape yang patut. Tapi Faqih bagi Rp20k sebab dia takda duit kecik. Hanya mampu redha jelah..

Show dalam sejam kot entah aku dah lupe. So far bagi aku, biase-biase je.. Kalau jenis datang nak tahu kebudayaan, keagamaan dorang semua bagi aku okay lah kot. Rate? 2/10. Hahaha. Next!

ii) Batik Collection
Tak jauh. Dekat je dengan Barong tadi.. Rasanya macam belakang bangunan je kot.. Hahaha.

Kat sini datang tengok macam mana dorang buat batik and ade jugak kedai batik kalau-kalau ada hajat nak beli batik. Kitorang? Hanya mampu tengok jela.. Tak berminat. Kat Malaysia banyak. Hahaha

iii) Gold & Silver Collection
Next kitorang pergi dekat kedai membuat and menjual perak dan emas. Kedai ni terletak betul-betul dekat satu kampung kecil yang mana penduduk kat situ rata-rata jalankan perniagaan emas perak ni.

Mule-mule sampai kitorang dibawa ke dalam satu bilik untuk tengok cara-cara dorang buat perak dan emas. Bersungguh lah mamat tu bercerite. Dia tak tahu yang kitorang ni bukan nye kaya pon nak beli emas perak tu. Hahahaha. Bila masuk dalam kedai tu, jalan-jalan tengok koleksi dorang. Jujur, biase je aku tengok. Tak minat lah, tak kene dengan citarasa aku. Kalau aku minat pun, takde maknenye aku nak beli kan? Hahahaha

Tapi satu je nak bagitahu. Aku sesaja lah tengok-tengok. Takde lah masuk terus keluar balik. Harga mahal nak mampus. Lepastu, orang tu akan suruh jugak beli. Kalau kite taknak, die akan turun kan sampai boleh. Pendek cerita, jangan deal lah. Aku memang tengok gitu-gitu, then aku tak berminat then aku keluar. Bayangkan, sampai kat luar kedai die kejar aku jerit tanya aku nak berapa still boleh nego. Aaaa takde maknanye, taknak aku. Hahahaha.

iv) Painting Collection
Seterusnya ke Painting Collection. Tempat ni tunjuk macam mana dorang buat painting and macam biasa, dorang jual lah painting tu. Masuk tengok koleksi gambar je. Nak beli tak mampu and plus, aku tak minat gambar-gambar painting ni. Lagipon bukan elok pon gantung letak kat rumah kan. So tengok-tengok jela. Nasib baik orang kedai ni jenis friendly and tak memaksa. Mungkin die dah biasa dengan orang datang saja tanpa membeli. Hahahaha.

v) Ladang Kopi
Okay jauh sangat perjalanan dia. Hahaha. Aku sampai tertidur okay. Sedap tidur dalam kereta. Faqih dok potpetpotpet dengan Pak Joni. Eheeekk.

Nak gi masuk kat tempat kopi tu kene berjalan sikit. Lalu celah-celah hutan ni hahaha. Tapi serious cantik and nyaman je.

Macam biasa.. Belajar jenis-jenis kopi. And belajar camne dorang proses kopi tu. Dorang still gune manual proses. Takde mesin lagi.. Gile letih kot gitu.

Bayangkan nak kene tumbuk biji-biji kopi tu sampai halus. Jenuh lah makkk.. Aku tumbuk ni pun macam tak bermaya je hahaha. 

Sumpah sedappp sangat okay 

Dah habis kenal macam mana dorang buat kopi, next pergi rasa semua jenis kopi dorang lah. Ade 12 jenis kitorang dapat rasa. And dont worry.. Rasa kopi ni free je.. Lepas dah rasa kopi semua tu, ape lagi kitorang borong kopi lah. Hahahaha. Tak beli banyak pon.. Beli untuk diri sendiri, mak mertua and nenek kat kampung je. Mak ayah aku pulak dah sound awal-awal jangan beli sebab dorang tahu memang mahal and dorang dah boring dah nak minum hahaha,

Harga? Rp 90k sekotak. Kalau saiz kecil, Rp 50k sekotak. Aku borong 4 kotak je. Tak beli banyak. Percutian bajet kan. Hahaha.

vi) Kintamani Volcano
Lepas dah habis memborong, kitorang teruskan perjalanan ke gunung berapi, Kintamani Volcano. Agak jauh jugak.. Sepanjang perjalanan rasa sejuk je. Pemandangan cantik sangat. Perjalanan dari ladang kopi ke Kintamani ni amik masa dalam satu jam. Oh ya.. Nak masuk Kintamani Volcano ni kene bayar entrance. Charge dalam Rp 50k/2pax.

Sampai sini dah tengah hari so Pak Joni drop sini untuk solat and makan lunch. Dia recommend-kan satu restaurant dekat Kintamani ni. Dia kata Halal. Jadinya kitorang pon makan kat sini je.

Depan entrance restaurant

Ini lah suasana dalam restaurant ni. Seram tak? Hahaha. Sejujurnya, kitorang tak tahu nak makan ape. Kat sini makan secara buffet. So harga dia untuk lunch dalam Rp 133k/pax. Hidangan nasi berlauk tapi biase lah, nama je nasi berlauk tapi masakan die tak kene dengan tekak aku lah. Hahaha. Tapi kene makan jugak buat alas isi perut.

Sebelum aku ambil makanan, aku puas lah ronda satu restaurant ni. Aku ronda sebab aku nak cari sijil Halal restaurant ni. Aku ade Google haritu and ade terbaca yang kalau pergi Indonesia, cari certificate Halal untuk lebih yakin makan kat restaurant ni. Dan alhamdulillah, aku jumpa jugak certificate Halal kat restaurant ni. Tadaaaaaaa!

Aku pun tak ingat aku amik lauk ape. Aku makan tak habis pun.. Sebab tekak aku tak leh masuk. Entah lah. Susahnye bawak aku ni kan kalau pergi luar negara. Aku tengok Faqih relek je makan siap licin lagi. Brrr..

Lepas dah habis makan, kitorang terus solat Jamak dekat situ. Kat restaurant ni ada sediakan surau so memang senang lah solat kat sini terus. Dekat Kintamani ni paling kene hati-hati ialah, ramai gila makcik/pakcik/orang-orang jual barang macam barang cenderahati lah. Key chain, baju tshirt and macam-macam lagi. Masa kitorang nak masuk restaurant masa sesampai je, ramai penjual datang kat kitorang and datang jual barang. Ada satu makcik ni dia jual tshirt. Dia just cakap macam ni "Tiga helai, lima puluh". Waktu tu aku macam dah terdetik nak beli. Bukan ape.. Aku takut aku tak jumpe dah kedai yang murah untuk beli cenderahati untuk dibawa balik. Tapi Pak Joni cakap kat kitorang, jangan terpedaya dengan diorang. Diorang tak sebut pun 3 helai lima puluh tu dalam currency apa. Last-last nanti dorang cakap 3 helai, lima puluh ringgit. Tak ke mahal tu?!

Tapi serious sepanjang berjalan kat Kintamani ni memang kene berhati-hati. Beg pegang kuat-kuat. Penjual ni ikut kite sampai ke hujung kot. Aku nak menikmati keindahan pon tak selesa apetah lagi nak tangkap gambar!

Memang cantik! Gunung berapi ni masih aktif lagi tau. And kat sini memang boleh lah sejukkk jugak. Memang best bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah. Alhamdulillah.. Faqih sempat lagi tangkap gambar dengan Pak Joni. Ini lah satu-satunya gambar dengan supir kitorang. Hahaha.

vii) Padi Terrace
Seterusnya kitorang teruskan perjalanan ke Padi Terrace. Dalam 15min-30min dari Kintamani Volcano tadi. Nak masuk Padi Terrace ni kene bayar entrance okeh. Kitorang kena Rp20k/2pax. So macam biasa, get ready duit siap-siap,

Basically, nama pon Padi Terrace so meaning padi dia bertingkat lah. Macam kita dekat Malaysia, padi rata je kan. Ni padi dorang bertingkat-tingkat!

Baru perasan yang dalam gambar ni tak nampak pelawat yang lain. Hakikatnya, masa kitorang pergi ni ramai okay orang. Hahaha. Yang penting, kene tangkat gambar port yang cantik and terlindung dari lambakan orang ramai.

Kitorang dapat turun sampai kat bawah je sebab dah tak larat nak naik sampai atas hahaha. Stamina pon dah kurang sebab duk berjalan dari pagi. Tapi serious cantik and unik lah. :)

viii) Souvenir Agung Bali
Destinasi seterusnya adalah.. SHOPPING! Pak Joni bawak kitorang dekat Agung Bali. Perjalanan agak lama dari Padi Terrace sebab Agung Bali terletak kat bandar Bali so  hampir tertidur jugak lah aku. Sampai pon dah nak gelap.

Agung Bali ni kedai jual barang souvenir. Barang-barang dekat sini lebih berkualiti dan agak majal jugak harga nya berbanding kedai lagi satu yang lepas ni pon kitorang ada beli jugak. Disebabkan aku dah tak leh tahan, banyak lah jugak aku membeli walaupon aku tahu lepas ni nak pergi kedai souvenir yang murah lagi. Hahaha. Agung Bali ni due tingkat. Mase aku pergi pon tak ramai orang. Mungkin dorang tak tertumpu dekat kedai ni sebab mahal kot? Lulz.

ix) Souvenir Krishna

Dah habis memborong dekat Agung Bali. Pak Joni bawak kitorang dekat kedai souvenir Krishna pulak. Krishna ni lebih kurang macam Mydin lah suasana dia. Memang besarrr. Jauh lebih murah. Dan yelah bila murah, kualiti pon biasa-biasa je. Tapi aku rasa takde lah ketara sangat pon kualiti dia. Lagipon dekat Krishna ni, ade jugak sudut yang baju berkualiti macma aku jumpa dekat Agung Bali tadi.

Haruslah aku membeli jugak. Rata-rata barang semua untuk orang. Sedar-sedar untuk diri sendiri takde. Normal la bila berjalan. Kita akan ingat cenderahati untuk orang lain berbanding untuk diri kita sendiri.

2100 : Setelah puas berjalan harini, sampailah jugak kitorang dekat hotel. Kitorang mandi and rehat kejap. Then kitorang keluar dinner pulak.

2130 : Memandangkan package hotel kitorang sekali ngan free dinner or lunch meal, so kitorang decide nak amik dinner meal lah. Kitorang pergi dekat restaurant hotel and duduk situ dinner.

Untuk package kitorang tu, ade beberapa pilihan boleh pilih untuk dinner. Faqih amik nasi goreng kampung dengan satay and aku amik sandwich je. Tu pon aku minta vegie sandwich sebab aku was-was nak makan benda lain. 

Dalam package dia bagi air suam je. So aku ada add onn air lain. Sesaja mengada. Aku order Chocolate Shake and Faqih order Coke. Kitorang bayar untuk air je lah.

2230 : Sampai hotel. Rehat dan tidur. Esoknya Pak Joni datang dalam pukul 9pagi. 

Sesambil nak tidur tu, aku selak tengok brochure spa hotel. Tak sah lah datang bali tapi tka pekena massage die wehh. Hmm harga okay-okay je. Nak try massage last day nanti! :)

Perbelanjaan Terkumpul #Day2

Entrance Barong Kris & Dance : Rp200000 (RM60)
Tangkap gambar dengan patung Barong : Rp20000 (RM6)
Beli Coffee x 4 kotak : Rp90000 x 4 = Rp360000 (RM108)
Entrance Kintamani Volcano : Rp50000/2pax (RM15)
Lunch at Kintamani Restaurant : Rp266000/2pax (RM80.50)
Entrance Padi Terrace : Rp20000/2pax (RM6)
Shoppping @ Agung Bali : Rp309000 (RM93)
Shopping @ Krishna : Rp313500 (RM94)
Dinner (Choco Shake & Coke) : Rp75000 (RM22)

Total : Rp1,613500 (RM488)

Klik SINI untuk entry #Day3 di Bali Indonesia

Tulusly,

0013 ; 7th December 2015