Assalamualaikum.
Susah betul nak dapatkan mood pertama kali menaip blog selepas dah sekian lama dah tinggalkan skill mem-blog-ging. Itu pon masa aktif dekat blog lama. Hahaha.
Alhamdulillah. Aku dah pon selamat dijabkabulkan pada 6 Mac 2015 yang lepas dengan kekasih hati pilihan ku sendiri. Tak sempat nak update itu ini, inshaAllah akan mula untuk mengemaskini babak-babak dan moment-moment sebelum ni dan diterjemahkan di dalam blog ini khas buat bacaan aku sendiri. Hahaha.
So, berbalik semula kepada tujuan sebenar enty kali ni adalah nak mengimbas kembali sambutan hari lahir suamiku, pada hari Jumaat (5/6/15) yang lepas. Hari lahir Faqih sebenarnya jatuh pada hari Khamis so lepas aku berfikir selama sebulan, aku pon rasa macam nak sambut pada hari Jumaat sebab kitorang pon sibuk kerja so balik pon malam and dah letih so Jumaat tu macam sesuai sangat lah since esoknya dah weekend! :)
Macam-macam lah haa aku fikir nak buat apa. Sebab si Faqih ni memang dah kenal ngan perangai aku ni yang suka buat surprise bawak makan itu ini so tahun ni aku nak buat kelainan sikit. Ada beberapa yang aku terpikir tapi aku taknak lah sebut semua kat sini sebab nanti akak datang dia tahu lah kan plan-plan aku yang lain. Hahaha. So, akhirnya aku pon telah bercadang nak bawak pergi makan jugak tapi lebih kepada heart-to-heart lah kan. Hahaha. Maka terjadilah, "Candle Light Dinner".
Rancang dah sebulan, tapi sedar tak sedar lagi seminggu birthday dia dan aku tak buat booking apa-apa pon lagi kat mana-mana. Sepanjang aku duk cari tempat-temapt yang cam best, adalah beberapa tempat yang ade dalam list aku.
1. Azur Restaurant, Putrajaya Shangri-La.
Package Candle Light Dinner : Ada 3 jenis set menu. Boleh pilih nak menu mana :)
Harga : RM280 - RM350 per couple. Bagi aku harga dia okay la, menu dia pon berbaloi.
Suasana/Decoration : Indoor. Meja kat dalam restaurant Azur tuh sendiri. And ada rosa petal atas meja with greeting card. Tapi bercampur dengan public lain la.
View : Hmmm takde view sebab indoor kan so menghadap meja orang lain lah. Hahaha
Jarak : Bagi aku ni takde masalah sebab boleh plan and dekat je ngan tempat kerje kitorang so boleh on the spot. Area Putrajaya.
Privacy : Tak privacy sebab bercampur dengan visitor hotel yang lain datang makan situ. So segan jugak la :p
Status Makanan : Western Cuisine. Status halal macam tak sure. (antara sebab tak amik)
Arrangement : Mudah. Call je Azur then nanti dorang akan hantar description menu dekat email.
Booking/Reservation : Kene buat deposit dulu. Tak ingat kene min berapa tapi method pembayaran gune kad kredit. Debit pon boleh jugak. And paling best, dorang still terima last minute order ;)
"Ni lah ruangan dalam Restaurant Azur waktu malam."
2. Thirty8 Restaurant, Grand Hyatt
|
Contoh decoration and view dari Thirty8 Restaurant. Ni aku Google Image je :) |
Package Candle Light Dinner : Package set menu takda tapi dorang boleh buat decoration table and setup. Untuk menu makanan, kene la terpaksa amik dekat menu makanan dorang. Yes.. Kene pilih satu-satu mana yang nak. Takde main course ke apa macam dalam set. And ini sangat la tak syok.
Harga : Mahal la ape lagi hahaha. Sebab takde set or package so kene pilih makanan satu-satu. Atleast kalau ada set package makanan ke, berbaloi la jugak kan. So range harga sini based on harga makanan kita pilih.
Suasana/Decoration : Dorang akan arrange kan meja korang dengan decoration rose petal and meja korang akan berhadapan dengan view bangunan KLCC. Restaurant ni dekat tingkat 38 Hotel Grand Hyatt KL.
Jarak : Yang ni ada masalah sikit sebab agak jauh la aku nak masuk KL malam-malam lepas habis kerje kan. Sampai rumah dalam pukul 7. Mesti keluar balik dalam pukul 8 so macam jauh so tak suka tak nak.
Privacy : Tak berapa sebab open to public. Tapi dia akan place kan kat specific tempat laa. Tapi still dekat dalam restaurant ramai-ramai dengan yang lain. Tempat dia indoor.
Status Makanan : Western Cuisine jugak macam biasa. Status halal pon tak sure.
Arrangement : Arrangement sama macam Azur tadi. Call, then dorang bagi details dekat email and akan ask kita untuk proceed menu.
Booking/Reservation : No deposit needed kalau tak silap. Just bagi nama untuk reservation.
3. Atmosphere Restaurant, KL Tower
Package Candle Light Dinner : Takda takda takdaaa! Kat sini semua nye buffet. So aku call dorang just cakap, dorang boleh booking kan tempat je. Then deco semua sendiri! Then makanan situ semua nye buffet okeh.
Harga : Harga untuk dinner buffet sekepala dalam, RM200+. Oh so tak berbaloi since aku taknak buffet!
Suasana/Decoration : Sayangnya bagi aku, sangat cantik. Sebab dekat KL Tower kan so boleh tengok whole KL waktu malam ahh memang nice!
Jarak : Same kes jugak macam Grand Hyatt. Jauh dari Shah Alam. Malas nak masuk KL malam-malam.
Privacy : Takda punyaaaa.
Status Makanan : No idea. Tak berani nak cakap tentang status halal.
Arrangement : Macam susah je nak deal dengan orang tu bila aku call. Maybe dia malas nak layan sebab aku tanya pasal CLD kot. Phewww
Booking/Reservation : Haritu call tanya tak berminat sangat so tak sampai ke cerita ni. Hahaha
4. Twenty & Co, Shah Alam
|
Curi Google. Hahaha. Ni suasana dari luar. Tapi seriously nice la decoration cafe ni :) |
Package Candle Light Dinner : Takde :'( Tapi dorang cakap dorang boleh setup and deco kan ape yang patut. Cost range deco antara RM100-RM150
Harga : Ni pon sama macam Grand Hyatt. Kene pilih menu makanan sendiri so harga makanan depends on makanan ape kita amik. Makanan dia pon standard harga cafe-cafe tapi tak la over macam kat hotel. Still mampu lagi.
Suasana/Decoration : OK. Dorang kata dorang ada satu bilik besar dekat tingkat atas and dorang cakap dorang boleh buat kan satu space kecik utk aku and Faqih kat ruang atas tu. Deco pulak dia akan buat sehabis boleh untuk hias siap2 as per requested la.
Jarak : Sangat laaa dekat dengan rumah. Memang takda masalah. Cafe ni dekat tengah bandar Shah Alam.
Privacy : Bagi aku, privacy. Since dia akan bagi kita chill chill layan jiwang dengan husband kat atas kan. So, yeah sangat okay.
Status Makanan : Pemilik cafe ni sememangnya orang melayu. Chef-chef dia pon orang melayu. So rasanya takda masalah. Tapi disebabkan cafe ni memang baru je bukak kat Shah Alam so aku rasa dorang masih lagi dalam proses permohonan status Halal.
Arrangement : Ahhhh! Bagi aku susahhhh aku nangisss k. Camni.. Dorang kan takde specific CLD so aku terpaksa la ber-contact ngan dorang melalui phone. Then dorang macam suruh aku datang cafe utk discuss further sebab nak tahu deco macam mana yang dorang nak kene setup. So aku macam alaaa leceh nye la kan. Sebab dorang takde specifi CLD and nak kene gi discuss pulak ha sedangkan aku berdua je pon ngan dorang. Tapi aku tak dapat lah nak buat arrangement semua tu sebab kang suami aku tahu pulak kang tak memasal kantoi.
Booking/Reservation : Actually, kalau takat nak buat booking senang je melalui phone pon boleh.
4. Club Lounge, Grand BlueWave Hotel, Shah Alam
Package Candle Light Dinner : Ada dua package.
- CLD Package @ Royale Songket Restaurant
- CLD Package @ Club Lounge, Level 18
Harga :
- CLD Package @ Royale Songket Restaurant : RM250+
- CLD Package @ Club Lounge, Level 18 : RM436+
Semua harga ni tak termasuk lagi service charge and GST semua.
Suasana/Decoration :
- CLD Package @ Royale Songket Restaurant
Dekat dalam restaurant. Restaurant ni Ground Floor hotel je. Dekat entrance. Decoration dia sama kot lebih kurang macam dalam gambar tu. Cuma beza dia, package ni takde privacy lah. Orang lalu lalang kan. Lepastu orang tengah nak buffet dinner lagi so macam alah takda nak sesweet memanja ke hape.
- CLD Package @ Club Lounge
Club Lounge ni bukan restaurant tapi satu tempat privacy di tingkat 18 yang mana dapat tengok view yang sangat cantik. Tempat ni lebih kurang dalam bilik and sangat privacy. Ade waitre yang akan hidang makanan sambil diikuti dengan alunan lagu yang sangat romantic. Hehehe. Meja pula dorang place bersebelahan tingkap. So boleh lah tengok bandar Shah Alam. View Masjid Besar Shah Alam pon dapat tengok.
Jarak : Sangat dekatttt. FYI, hotel ni dekat je dengan Twenty & Co Cafe. Since hotel ni dekat area Shah Alam je, so macam suit with my planning jela kan.
Privacy : Tiptop. Super romantic. Just you and me. Eip sorry, just you and your partner. Hehehe
Status Makanan : HALAL! Ni lah paling diketengahkan oleh aku. Hahahaha. Jarang jumpe hotel yang ade fully certificate yang disahkan Halal. Boleh tengok dekat flyers tu, certificate Halal memang dorang dah mention siap-siap :)
Arrangement : Overall, ni lah paling senang + terbaik + friendly + alert. Mule-mule aku call then ada sorang perempuan angkat and layan aku dengan ramah sangat. Dia siap tanya bajet aku semua. Lepas tu dia memang selalu up-to-date dengan aku melalui wassap so ahh memang sangat okay lah aku suke arrangement macam ni. Takde susah kepala.
Booking/Reservation : Sadly kat sini dorang amik full payment. Once kita dah booked, kita kene terus deposit/transfer amount tu. Tapi bagi aku lagi okay. Selesai, settle semua.
So kesimpulannya, agak-agak tempat mana satu aku pilih untuk surprise-kan buah hati pinggang manis leting aku tu? Hahahaha to be continued!
Tulusly,